Tuesday 25 December 2012

Seni Tiga Haluan

Di bumi bertuah ini,aku meronda dunia
ingin mencari pengalaman dan ilmu yang baru
supaya aku tidak lupa diri dan takbur
biar maki di mulut orang,jangan sakit kan hati orang
nikmat itu cuma ada dalam satu abad sahaja.

Hidup bererti untuk satu kehidupan
bagai nafas yang ditahan lebih dari sejuta tahun
seperti hati yang tiba-tiba terhenti tanpa tujuan

Lagu-lagu hidup,dimulakan tanpa gundah
untuk menaikkan semangat yang dibakar
seni itu indah dan mempunyai maksud yang mendalam
ku lukis sebuah  penantian yang tiada penghujung
ku nyanyi di dalam mimpi yang dilalui oleh naluri hati
ku tulis di atas lembaran harapan tentang sebuah kehidupan
semuanya biar bersatu dalam angan,bicara dan tingkah laku.



Monday 3 December 2012

Gadis Impian

Pagi ini begitu syahdu ditemani angin yang lembut
disapa mesra dengan senyuman mentari
dipandang indah oleh awan yang berbicara
perlahan-lahan burung berkicau merdu
mendendangkan irama rindu yang gembira
yang menanti gadis impian dalam sepi dan sunyi
ku lepaskan semua keraguan jiwa
hatiku ini yang mulai mencari kehadiran mu
haruman mu seindah lirikan nasyid di alam syurga
ku tuliskan sebuah kisah cinta yang abadi
untuk mu gadis impian.

Monday 26 November 2012

Selamatkan bumi Palestin selamatkan Gaza

Selamat malam, Gaza
masihkah tidurmu diganggu
lagi
dengan semboyan perang
waktu langit tiba-tiba
diperciki api
oleh rakusnya peluru yang
menghujani
rumah-rumah yang tidak
sempat
ditutupi
malam sebelum sengketa
menyanyikan
lagu-lagu sungkawa
jendela dan kamar meraung
oleh pasrah
tabir dan langsir diperciki
hambur darah
kecai tubuh sang piatu
terperosok
di celah-celah bongkah
dalam percik hiba di hujung
lirik syahid
yang bergema-gema tanpa
titiknya.

Selamat malam, Khaleeda
masihkah kau bermimpi lagi
bulan dan bintang
mengerdip
kala harum kesturi
mengirimkan wanginya
di jambangan syurgawi
kau telah pergi didakap
malaikat
saat Gaza masih merindui
para syuhadah
yang gugur dengan
serangkap syahadah
tatkala semboyan terus
berdendangan
lagu-lagu syahid bergamitan
datanglah dengan
seobor keberanian
di hadapanmu gerombolan
haiwan jalang
menantimu dengan roket
dan granit
demi seinci tanah dan
sesayup maruah
bumi indah intifada.

Yang Benar
HUSNA NAZRI
Kemaman, Terengganu.

Harapan Rinduku

Jiwa ini ,ku simpan dalam bekas hatimu
bayangmu ku cekup bila memikirkan mu
anganku terhenti bila kau muncul
setiap saat nadiku berdenyut
disaat itu juga hatiku berdegup dengan laju
kaulah matahari kaulah bulan
kaulah segalanya yang beriku harapan
untuk hidup di atas takdir cinta
untukku merinduimu.

Cinta Dalam Mimpi

Seram sejuk terasa ditubuhku
ku keluar dari gumpalan wap air
di atas langit fatamorgana
lalu terdampar dipadang yang tandus
seluruh badanku terasa sakit
penuh dengan luka-luka
keringkanlah luka-lukaku dengan rindumu
balutilah badan ku dengan perasaan kasih sayangmu
kerana aku terjatuh cinta dalam mimpi.

Malam Dan Aku

Malam semakin larut dalam kegelapan
hidup ini terasa payah,letih dan lelah
di semua tempat yang sesak penuh dengan kabus
jasad melepaskan roh bebas-sebebasnya
angan yang dikandung sedang mencari mimpi
angin yang lembut datang mengucup pipiku
daun-daun kering berterbangan memainkan peranan
tiba-tiba hatiku berdegup laju dan kencang
aku terkenangkan dirimu yang mungkin merinduiku
aku memikirkan dirimu yang mungkin mencintaiku
aku menunggu dirimu yang mungkin menyayangiku
aku menagih belaian kasih darimu
tak sudikah dirimu merasa secubit perasaanku
walaupun hanya secebis zarah
aku rela menunggu dirimu singgah di hatiku
sehingga dirimu berasa tenang untuk mendampingiku
suatu masa nanti sehingga dirimu tidak berasa sangsi
terhadap diriku.

Thursday 22 November 2012

Inilah Kehidupanku

Aku hanyalah insan biasa
yang bercinta dengan helaian
yang mengasih dengan tinta sukma.
Pabila rindu aku hanyalah bermadah puisi
berpegangan hangat dengan pena sakti
memeluk kedinginan memori
khayalan ku hanyalah di inderaloka
semuanya mungkin fana.

Perkataan pula ibarat kenangan
seperti berjuta bintang yang memandang
bila bosan kini naluriku yang menemani
ku sulam semangat nurani
supaya ia menjadi ihklas di hati.

Terimalah Aku Seadanya

Ketika angan ku
aku tidur dalam mimpi
sambil berjalan dengan sepi
hari yang dinanti
tidak juga dikunjungi
malah aku terasa ingin mati

Kau umpama mimpi di langit
seperti bintang yang sedang berkedip
datang dengan sekujur harapan
wajah mu seperti sang rembulan
bibir mu cerah seperti mentari
bisikan mu menusuk hingga ke naluri
kalbu mu seperti sang bayu
aku sering menantikan kehadiran mu
senyuman mu seperti bunga yang sedang mekar
sudikah kau menunggu ku sehingga terbit fajar?

Hari Yang Memilukan

Hari ini tidak menyenangkan
raja rimba mengaum untuk kaumnya
angin semilir bertiup kencang
membawa bisikan yang tidak senang
betara guruh berteriak kemarahan
lalu,dibalingnya halilintar yang haus
melalui dada langit yang tandus
kemudian berderailah tangisan kepiluan
sehingga menusuk perut bumi.
Alam ini adalah fatamorgana
janganlah kau berenang ke alam yang fana
kerana semuanya palsu.

Thursday 8 November 2012

Kenangan Malam Hidupku

Kedinginan malam yang sunyi
menutup kalbu hidupku
pintaku cuma satu
aku ingin sampai ke syurga
sucikanlah hatiku yang berdebu
kerana aku merasa sangat nestapa.
Pabila larut malam semakin tenggelam
jiwa yang ku kandung selama ini
tiada lagi erti pada diriku.
Sebelum ku padam secebis memori hidupku
aku membasahkan mulutku
dengan doa yang tidak pernah terputus
yang berbekalkan semangat yang membara
sehingga gelodak jiwaku terasa syahdu.

Tuesday 30 October 2012

Wahai Bandu

Wahai bandu yang egah lagi hewang
pergilah kau terbang bersama sukmamu
janganlah kau pandang enteng pada cinta
kerana ia mungkin cinta yang fana
wahai bandu kau harus cega dalam kayangan yang indah
agar kekasihmu tidak lancung
Wahai bandu usahlah kau jadi cogo atas nama cinta
kerana waad manismu sudah leta baginya
ku akui rindumu yang tidak tertahan
terkumpul di dalam cangkir yang kosong
tapi,sampai bila harus jadi begini?

Thursday 11 October 2012

Takdir Cinta

Wahai takdir,mengapa cintaku harus dilepaskan begitu saja
adakah ini permainan cintaku atau cintaku tidak layak untuknya
mungkin cintaku hanya layak untuk yang lain
semakin lama semakin sukar untuk aku mengerti
cintaku sudah tidak cerah seperti dulu lagi
seperti bunga yang layu dan mati
biarkan saja masa berlalu tanpa henti
kini aku hanya berserah kepada kehidupanku yang abadi.

Kenangan Yang Terindah

Di saat terlena akan bayu cinta
Mata mula ditakungi rindu yang sayu
hari pula bertaut pada perasaan yang dijalin
mulut menyatu tentang sesuatu
jari jemari menari meninggalkan memori
disebabkan sayang yang mendalam
cinta dilepaskan atas tujuan
hanya rindu yang ditelan kepahitan
naluri saja dipendam sedalam lautan
yang tinggal hanyalah secebis kenangan yang indah.

Cinta Yang Terluka

Hari ini kehidupan mencatatkan satu kebenaran
yang dihiasi oleh hari-hari yang indah
senyuman mentari terbit girang di ufuk timur
cinta berkasihkan madu asmara
haruman hawa mekar semekarnya
perasaan ditafsirkan melalui naluri
pendeta bersabda tentangnya
kesedihan membawa air racun yang berbicara tentang jiwa
duka yang berbisa penuh dengan lara yang pedih
dikurungi berjuta duri derita yang perit
hari ini sudah tua lagi bosan
adakah semuanya dapat dipercayai?

Puisi Ibarat Aku

Puisi adalah sebahagian daripada hidupku
kerana ia adalah ruang untukku meluahkan segalanya
yang dependamkan di buku hatiku

Aku berkasih akan perasaan bersama pena
aku bercinta dengan tinta di atas garisan yang halus
fantasiku hanyalah di alam puisi
mulutku berutur kan melodi bunga-bunga puitis
mataku digenangi perasaan syahdu yang manis
mainan perasaan ini ku huraikan
sehingga ke noktah yang terakhir.

Kerana Bunga Bukan Sekuntum

Kadangkala hidupku tidak sempurna tanpa dirimu
keranamu ibarat cahaya yang selalu menemaniku
ku berharap segalanya dalam perancangan
tapi,semuanya mendatangkan kehancuran buatku

Waktu dulu engkau hadir membawa sekuntum senyuman cinta
bersama hati yang ihklas
kini hidupku tidak bermakna lagi buatmu
hidupku dilanda kesunyian yang kosong
semenjak engkau tinggalkan aku buat selamanya
dari hari itu aku belajar untuk menerimanya
kerana bunga bukan sekuntum.

Buatmu Yang Tercinta


Hembusan nafasku telah terhenti
lelahku telahpun dicakari
jiwaku ditusuki oleh naluri
hatiku dilukai kata-kata puitismu
perasaanku dihancuri oleh kalbumu
diriku dinodai oleh nafsumu
hidupku disakiti permainan cintamu
hasratku dibakari oleh janji manismu
jasadku telah pergi dan takkan kembali
ku harap penderitaan ini
dapat dihormati
buatmu yang tercinta.

Adakah Itu Cinta Pertama

Musim berbunga sudah tiba untuk menjelama
yang sudah sekian lama menghilang dari kalbu
aku keluar dari mimpi kenyataan
kini kau pula yang muncul dari dalam mimipiku
mengapa engkau harus muncul dalam mimpiku?
mungkin tuhan menghantar kau untukku
aku tidak dapat melupakanmu
bila masa datang sepenuhnya
maka akkanku bicara tentang cinta
kerana aku patut memulakanya.

Sunday 7 October 2012

Kalau dah mula sukakan seseorang tu jangan cuba untuk berhenti sukakan dia.Cuba tarik perhatian dia sampai dia suka .Jangan mudah berputus asa dengan apa yang dilakukan .Kalau dia kerap pandang dengan renungan mata maknanya dia suka.Cinta mesti bermula dari pandangan mata pertama seterusnya berkata-kata kemudian dengan meluahkan perasaan .(:

Thursday 4 October 2012

Tanya Sama Hati-Hati Jawab Apa?

Hari ini sungguh letih lagi bosan
aku duduk sebentar
kupandang ke langit
kemudian aku bercakap
bila jumpa perempuan aku tak nampak cinta hatinya
hati kata cinta aku adalah buta
kerana
cinta datang sebab mata
mulut berubah sebab berkata
apa yang aku ingin
adalah perasaan hati
bukan wajah


Hati kata
kegagalan adanya kejayaan
percintaan adanya kasih sayang
berduka adanya suka
benci adanya sayang
setiap permulaan pasti ada penamatnya
kutanya sama hati
hati jawab
sampai disini sahaja bicara kita...
kerana aku belum bersedia.

Peristiwa 19 Julai 2012

Di waktu pagi lagi
dia sudah pergi
meninggalkan orang yang disayangi

kerana dia telah dipanggil oleh illahi
yang hidup pasti pergi
yang sudah pergi
tidak akan kembali lagi
kerana tuhan menyayanginya
semuanya adalah dugaan
dan perlu dihadapi
tapi bukan seorang diri
dia amat dihormati
pemergiannya perlu diredhai
oleh hati yang suci
setiap hari pasti sunyi dan sepi
tapi semangatnya
masih ada di atas bumi ini
dan dekat di hati
oleh orang yang disayangi...

Untuk Siapa? untuk MUMMY

Hari ini kemenangan menjadi banyak kenangan
untuk satu laungan kebebasan
semuanya bermula dengan hancur
bila bersatu menjadi kukuh
bila berpecah semua berkecai
detik permulaan
berlaku dalam masa yang pantas
seperti angin yang sangat kencang
bila tiba saat yang terakhir
hati rasa macam kebah
tapi semuanya
hanya berlaku dalam kemanisan kegembiraan
walaupun,menjadi pahit
tapi aku bersyukur
sampai ke tahap yang tidak pernah kucapai
tapi...
semuanya untuk MUMMY yang tercinta.

Liku-Liku Hidupku

Hidupku penuh dengan masa silam
yang penuh dengan kegelapan
bagaikan jambatan yang tiada penghujung
desisku sendiri
setiap langkah permulaan
aku cuma tahu merancang
bila bosan aku baring
kalau rindu tintaku sahaja yang bergerak
mengeluarkan air darah.

Aku menari di atas bayangan
aku padamkan perasaan
kerana cinta membentuk sebutir derita
aku patut dibenci atau dicaci ?
hikayatku sudah beku
semuanya berlaku kerana aku.

Perempuan Penyuluh Cahaya Cinta Abadi

Engkau adalah perempuan yang datang dari kaum hawa
yang diutuskan oleh tuhan
lalu ,disampaikan untuk umat adam
seperti aku yang sedang menunggu.

Sang purnama menunggu bulan perindu
segarkan cahaya dari dalam hati
yang berlagu dalam sepi
yang bersatu dalam hati
meskipun dalam lautan kegelapan
sehingga ke jambatan yang abadi
akan kukecapi sehingga ke destinasi
bila tiba hari yang terakhir
walaupun engkau bukan perempuan terakhir
yang diutuskan oleh tuhan
kepada aku yang sedang menunggu.

Setiap Hari Yang Berlaku Adalah Sama

Hari ini semuanya sama
mungkin masa yang berlalu adalah terlalu lama
aku impikan seorang hawa datang dari syurga cinta
aku menuju ke lembah yang nyata
aku terjun ke lautan
untuk mencari azimat cinta
kemudian aku menyulam perasan
lalu kuukirkan semangat jiwa yang telah bersatu
di situ juga aku melukiskan masa hadapan tentang cinta.

Hari Sudah Menjelang

Hari ini aku termenung
setiap nadi yang berdenyut
seperti masa yang sedang berlalu
kupejamkan mata
aku mimpi secawan cinta
bila aku bangun dari tidur
aku terasa dahaga
kemudian aku minum air kosong
rasanya adalah cinta pertama
mungkin itu kata hati
tapi aku sedia menanti
sehingga penghujung hari .

Ini Adalah Kisah Hidupku

Di sini bermulanya kisah hidup
yang tidak dapat kurungkaikan maksudnya
kerana rumah yang sudah terbengkalai
seperti binatang yang menjadi bangkai
air yang tenang dengan cecair yang sangat tenang
tanah lembab seakan hati yang sudah basah
disebabkan cair kerana adanya cinta pandang pertama
jari jemari disusun di atas angin
dan menari di atas sang bayu
ingin ku mencari sesuatu
kerana aku ingin tahu
warna-warna cinta tidak pernah luntur dari hidupku
dan juga kegelapan masa silam
kerana cinta yang mantap
pasti kukuh lagi tegap
dan kisah hidup hanya berakhir di sini.

Nikmatnya Bulan Puasa

Hari ni sangat berharga
bulan ni amat bermakna
tahun ni sungguh gembira
hati yang penuh dengan pahala
harap tiada sebarang dosa
waktu malam
pasti gelap
tapi bulan puasa
iman pasti penuh dengan cahaya
yang datang daripada syurga.

Hidup Ini Masih Panjang

Malam masih muda
kupandang ke langit
kesepian mula dirasai
aku menyeluk saku seluar
lalu mengeluarkan segenggam kenangan yang indah
aku berjalan di lorong yang sepi
kemudian aku berlagu
irama yang sungguh merdu
sehingga sampai ke tempat yang dituju
tidakku sangka
aku telah menyeru sesuatu
kulontarkan dadu
kini sebutir peluru
yang berwarna kelabu
yang laju berderu
waktu demi waktu
sehingga seribu batu
menghinggap kedadaku
tapi tiada apa yang berlaku
kerana aku sudah memakai baju yang dipadu
yang disatukan oleh ratu
deruan angin menjadi debu
tercengkam sunyi
musim telah tiba
dengan lebih senyap
dan sempurna.

Wednesday 3 October 2012

Cinta Tepat Pada Waktunya

Bunyi laut sangatlah merdu
tiupan angin dipupuk oleh sang bayu
malam yang hitam membuatkan aku tergamam
kuselam ke lautan biru yang luas mendalam
kuteroka hatimu untuk menanamkan azimat
kujaga jiwamu dengan selamat
aku datang atas dasar cinta
yang sudah kesunyian dan kesepian
aku suka tetapi duka
biar tenang sekalipun terang
sepi yang mengusir
bunyi yang berdesir
aku berlari di atas pasir
hati mula bergelora
taman sudah berbunga
cinta dihidupkan semula
daku percaya engkau cinta matiku
dan pasti jadi milikku bila menawan menara cintamu
akan kujaga bidadari yang baru turun dari kayangan
aku berangan tapi kenyataan akan jadi satu kepercayaan
suara hati ...
suatu hari nanti.

Cinta Pandang Pertama

Ketika kita bercengkerama
ketika hati mula berbunga
di saat cinta yang mekar
ingin ku bercanda pada malam pertama
kerana tawa mu menusuk hingga ke jiwa
dan di saat itu ada dewa yang menjaga
dahaga mulai terasa, apabila lambat bercinta
bila bulan akan diambang malam?
kerana bulan purnama mempunyai nama
bila pelangi akan menerangi hari-harimu?
kerana warna-warnanya mempunyai makna
bila matahari akan menjadi cerah merah?
kerana cahayanya bagaikan pelita diwaktu gelap
baru kali ini aku melihat karya syurga dari dalam mata seorang hawa
dan..
itu adalah cinta pandang pertama.

Hidup Bukan Seperti Yang Disangkakan

Kosong,tanah yang gersang
hidup ini adalah tandus
sepanjang hari beduka lara
hidup teruna sangat lama
sering gagal jumpa seorang dara
raja yang bertakhta tidak lagi mengotakan janji
bila aku dapat merasa udara di syurga?
kerana tempatnya sungguh mulia
biarkan aku berkelana sehingga mengambil masa
tinggalkan dunia yang fana
biarkan masa melewati usia
sehingga berjaya mencari ratu yang belum dijajah
biarkan jauh mata memandang asal dekat di hati
sehingga sampai ke menara yang ditujui
apabila menjelang waktu itu,aku akan kembali dalam satu purnama
untuk mempertanyakan sesuatu yang biasa dilafazkan namun berat untuk berkata
dan
sejak itu jugalah aku akan berjuang untuk memerdekakan jiwa dan mindanya.

Tuesday 24 July 2012

Tiada Ladi Genjatan Senjata

Sunyi sepi aku sendiri
tiada tempat untuk berdiri
bagaikan bulan yang hilang ditelan kegelapan
matahari tidak pernah terbenam
selagi nyalaan warna merah menyala
tidak mengililingi bumi
aku terlihat sebuah armada dibelakang tembok belang putih
depak mulai tiba
mengkis aku dengan nada yang tinggi
aku mulai tenang
fikiranku melayang
berdentang aku hingga ke petang
desas-desus mulai kedengaran
kemudian menderulah armada di dataran
bebanan yang ditanggung adalah pada setiap pahlawan
panggilan yatim piatu mulai kedengaran
serta penuh dengan penderitaan
hakikatnya persengketaan hanyalah mainan perasaan
siapa yang tahu ?
mungkin itu...
adalah...
aku yang SATU...