Wednesday 30 January 2013

Bunga Mawar Ibarat Kekasih

Sekuntum mawar ibarat dirimu
warnamu melambangkan erti kehidupanmu
keindahan memancarkan ego yang melindungi dirimu
kelopak-kelopakmu ibarat cinta,sayang dan rindu.

Dikala sepi engkau layu
tiba musim engkau mekar
sudah tiba masa untuk kupetik
engkau juga yang kupilih
diantara seribu bunya yang indah
kerana akhlak dan sopan mu.

Biar kupetik dengan ihklas
tanpa bercinta terlebih dahulu
agar kita bersama dan bersatu
baru kita menjalinkan rasa cinta.

Andai kata engkau pergi
kehidupanku masih lagi bererti
untuk pasangan hati
adalah kamu
yang kucintai.

Sunday 27 January 2013

Bayang-Bayang Malam

Jangan takut untuk kemari
ada bayang hitam datang membawa rahmat
dia berjalan di waktu malam
senyum seperti seribu bunga yang indah
dia adalah bayang malam
merangkak dalam kehausan mencari luka dihati
mencari jejak yang belum terhapus
dia adalah penjejak nafas
membunuh nafas yang terluka
mencari kaca jiwa yang sudah pecah
menjahit semula hati yang terbelah
mengukir semula hiasan memori
diatas jantung merah sampai berdenyut
yang baru dan bersih
dialah bayangan malam
merawat cinta dikala duka.

Saturday 26 January 2013

Kekasih Umpama Bulan

Dikala rindu yang bermain di benakku
aku cuba untuk capai semampu yang boleh
ia sudah pun beku di dalam ruang yang kosong
malah terbelah dua,iaitu sepasang hati.

Jantungku berdegup dengan amat pantas
engkau berjaya membuatkan aku menjadi gugup
tapi hati ini tak berdenyut dengan laju
selagi kau tak mencari kunci
untuk membuatkan jiwa ini berlagu.

Sinaran matamu umpama bulan
yang selalu menungguku dengan setia
aku tunggu sampai kau menjadi penuh
bila tiba masa yang tepat
aku janji akan mengambangkanya
untuk kau seorang yang ku cinta.

Sajak Untuk Kekasih

Aku ibarat buku pada kau,makna cinta..kuhuraikan bersama pena,kau boleh tahu setiap huruf yang kutulis tentang aku,dengan tinta biru rindu.~

Setiap helaian ibarat kisah hidupku,kau menyemak isi hatiku,kau fahami tentang aku,kau selami duniaku,kau baca fikiranku,dengan tinta rindu biru.~

Jika rindu,sayang dan cinta itu pustaka,aku ingin satukan menjadi buku,biar semua berpaut didalamnya,biar sampai ke hikayat hidup.~

Mungkin esok pagi atau malam,saat ku menulis,pena pasti menari,tinta lembut yang mengalir,menghiasi lembaran putih secuci syurga.~

Oh...cinta,jangan jadi sepahit derita,agar ku ceria di hari seterusnya,kalau berlaku suatu masa,biar ia jadi ingatan kepadaku,untukku terima selamanya,segalanya dan seadanya,hingga ia hilang tak ada.~

Ku buatkan satu pesawat kertas,di dalamnya terkandung isi hatiku,ku lemparkannya hingga di sebalik gunung,merentasi orbit bumi hingga ke cakerawala,biar ia melayang sampai terhapus di situ selamanya.~

Hatimu serupa buku rahsia yang paling ingin kubaca.Nama siapa yang tercatat di halaman terakhirnya? engkau sahaja yang tahu apa didalamnya ~

Engkaulah sang kekasih hati,membawa kisah yang berlari,mengukir cinta dengan jari-jemari,indahnya seperti pelangi.~


Keindahan Semula Jadi

Pagi tadi jantung aku berdegup hebat
melihat sinaran mentari
semuanya terjadi begitu singkat
belum lagi puas dan aku bersedia menanti
sambil ditemani hati yang sepi.

Tadi,petang datang membawa senyuman
aku gembira melihat burung berterbangan
semuanya mempunyai pasangan
bebas tanpa ada halangan
aku mengharap mempunyai pasangan
dan bukan sekadar angan.

Senja datang memikat awan
sebab itu bila senja awan nampak tenang
kata hati aku pemikat yang sangat menawan
bilakah aku akan mengambang?
tak sabar untuk menawarkan sejuta senyuman
tapi bila waktu itu akan datang ?
hanya kata-kata manis yang dapat ku ucapkan.

Sekarang,malam pula datang bersama bintang
pelangi sudah lama pergi sejak aku menyedarinya
bulan purnama bersama gemintang dan jiwaku
sungguh cantik walaupun sunyi lagi sepi
indahnya saat ku bersama pagi,petang,senja dan malam
aku bersedia menanti sehingga ke hujung angkasa
tapi tak yakin untuk menatap seorang diri
kerana aku ingin bersama sang kekasih
untuk melihat kesempurnaan dunia.

Friday 25 January 2013

Hidup di Atas Jalan

Aku adalah manusia jalanan
tinggal di dunia yang fana
gerak-geri ku diperhati oleh tuhan
fikiran ku di selimuti oleh alam semesta
hidupku untuk selamanya di syurga
walaupun aku berkelana sepanjang masa.

Aku adalah pejalan malam dan siang
berlari di atas angin sekencang taufan
berjaga tanpa lelap sepanjang masa
dan aku berjalan di atas garisan khayalan
menjadi dewa yang bebas terbang
di mana sahaja yang aku mahu
di tempat yang kosong dan sunyi.

Sajak-Sajak Cinta

Senja sudah berlalu,malam datang menghiasi warna-warna keindahan.Aku bercinta dalam rindu,yang mengukirkan azimat kesucian.

Sejak engkau mengukir cinta,aku datang dalam keseronokan.Bila malam menjelma,aku mengibarkan sayap percintaan.

Datangnya bulan,menghampiri dada langit.Aku datang membawa sayang,merindui dalam hati.Pulangnya matahari bersama pelangi,gembiranya aku dapat memilikimu.

Bintang yang bertaburan,menghiasi awan dan angkasa.Kasih yang diberikan,melintasi rasa cinta.

Berjuta angan dalam kasih,beribu sayang sekecil zarah.Begitu banyak sang kekasih,bercinta dalam taman rumah.

Merinduinya dalam sepi,ku tulis sebuah puisi,kadangkala kata-kata ini menjadi tinta,sedangkan diri ini adalah pena untuk mengukir sebuah buku tentang kehidupan yang nyata.

Pagi tiba tanpa mentari,petang pergi tanpa pelangi.Malam datang tanpa bintang dan bulan.Aku berlari tanpa menyanyi,datang bukan dengan diri.Kelam hitam membuatkan ku resah dalam kesepian.

Kalau ajal datang bersama tuhan.Aku lebih suka kerana tuhan datang menyambut ku.Secantik bidadari di syurga seindah mawar yang berduri.

Wednesday 23 January 2013

Aku dan Cinta

Cuba fikir sejenak
cinta sejati mana yang akan terpadam
bila datangnya cinta yang abadi?
ketika ku berjalan di taman syurga
indahnya bayang mu disisiku
terlalu banyak bunga di situ
semuanya sangat indah
izinkan ku petiknya untuk mu.

Dalam bunga ada madu
seperti hati yang ada taman
engkau bagai bunga yang ada madu
hatiku penuh dengan cinta
sangat sukar dijelaskan
bila dijalin pasti dapat dirasai.

Kita berkawan sampai bercinta
sebab renungan jadilah perasaan cinta
bila serasi kita menjadi pasangan bahagia
cara gayamu pasti aku berbahasa
kata hatiku mesti kau yang kupilih
aku mencuba sampai kau tertarik
hanya aku sebagai watak utama
yang boleh selesaikan masalah cintaku .

Sunday 20 January 2013

Sepatah Dua Kata Buatmu Opet.

Walaupun baru sekejap sahaja kau pergi
aku tetap sahaja menunggu dan menanti
setiap saat dan waktu aku merindui
begitu juga dengan hari-hari seterusnya
Opet jika engkau ada pasti ku dakap lalu ku cium dahi dan pipi
aku menganggap kau seperti adik kandungku sendiri
desiranmu kuat ku bayangi
kenangan itu tidak boleh diputarkan kembali
hanya angan yang disulami oleh sepi
jiwa ini aku pendamkan sedalam lautan
ingin sahaja aku korek pusara kau
dan mengambil kau semula
tapi tuhan pasti tak suka
oh..Opet aku sayangkan kau.


Hanya Kau Yang Ku Cintai

Dari samar-samar kejauhan
aku terlihat kucing seiras dengan kau Opet
terkedu seketika
lalu,ku pulang melawat pusara kau
untuk mengurangkan rindu yang ditahan

Aku ingin kau berada disisiku
setiap petang aku pulang kau pasti menanti bersama yang lain
tapi apakan daya hanya kenangan yang boleh mengubat jiwaku
aku membisu teringatkan kau Opet
aku idamkan suaramu,manjamu
bila lagi kita boleh berjumpa?

Dari sudut itu hanya kesepian yang dirasai
dibawa dari kenangan masa lalu
bonda datang kerana sayang
engkau pergi kerana cinta
aku datang membawa rindu
kami semua tetap menyanyangimu
tunggulah ketibaan kami wahai Opet.

Jika teringatkan kau mengalirlah air mata
mengalirlah kerinduan.
Aku ingin lari ke alam yang fana
mahu sahaja ku menjerit melepaskan
perasaan yang tertakung.
Kasih sayang aku tetap dengan kau dan yang lain.

Puisi Buatmu Opet...

Saat kau mahu membesar
tuhan telah jemput kau
umpama angin meniup pergi
dan takkan kembali
indahnya aku bersama kau
nikmat itu hanya dapat beberapa kali saja.

Aku rasa tuhan, pasti kecewa kerana aku tidak menjaga kau dengan baik
kerana tinggalkan kau dalam dingin dan kesepian
tanpa menghangatkan badan kau dalam dakapanku
takdir tak boleh disalahkan kalau ia sudah ditulis
sejak dari azali.

Rindu ku hanya pada kau
sayang ku hanya pada kau
cinta ku hanya pada kau
semuanya ku tumpahkan untuk kau.

Mengapa kau mesti pergi tanpa memberitahu
mengapa kau mesti pergi tanpa membesar dulu
mengapa kau tak ucap selamat tinggal
semuanya tuhan sahaja yang tahu.

Kalau sekali pun kau mahu pergi
berilah ku isyarat agar kutahu sesuatu
bersuaralah dengan sihat untuk kali terakhir
jika kau digantikan dengan wanita,duit atau kucing yang montel
aku menolak semuanya
kerana aku masih setia dengan kau
kesempurnaan kau tiada batasan bagiku.

Saturday 19 January 2013

Wahai Opet...

Aku mecintaimu sepenuh hati
hanya bertatapkan rindu
yang dibawa angin dari syurga
engkau hadir membawa rahmat
engkau ibarat permata paling cantik
jika aku diberi pilihan untuk memilih
antara kau dan kekasih
pasti kau ku pilih dulu
kerana aku ingin bersama kau dulu
kerana aku igin menghabiskan sisi hidupku bersama kau
biar duit aku habis kerana kau
kerana aku sungguh sayang sama kau
aku rindu untuk mengambil bau badan kau
biar busuk janji aku suka
aku rindu membelai badan kau
tidurlah dalam dakapanku hanya untuk kali ini
aku harap air mata yang berderai ini
dapat berhenti suatu masa nanti
aku takkan lupakan kau Opet
aku berjanji dengan diriku
aku takkan lupakan kau
tunggulah aku disyurga.

Opet Kekasihku

Tanggal 18.1.2013,Jumaat 5:30 petang.Ayah datang dengan ahli baru dalam keluarga.Ayah kata jagalah macam adik kandung walaupun ia hanya sekadar kucing.Mulanya,aku tidak rela memberi rasa cinta kepadanya kerana risau yang lain akan cemburu.Tapi tuhan sudah amanahkan aku untuk menjaganya.Kali pertama ayah memberi kepadaku.Aku berasa rindu kerana teringat kepada Apet yang dulunya serupa yang macam sekarang.Jadi aku memberi nama Opet.Usianya baru mencecah 3 minggu.Dia lapar aku beri makan,dia mengantuk aku buai dan letak di tangan biar rasa kehangatan.Pagi tadi tanggal 20.1.2013,Ahad tepat jam 7:30 pagi aku ingin membuka sangkar memberi makan tapi badannya terbujur kaku.Aku hanya panjatkan doa kepada yang maha esa supaya pemergianya memberi tuah kepadaku.Aku menulis dalam tangisan kerana terlalu sayang dan rindu yang tidak dapat ku tahan seperti seorang lelaki kehilangan kekasih.Jika tuhan memberiku peluang kedua pasti aku akan jaga.Wahai Opet aku rindu sama kamu aku cinta sama kamu selamanya.Aku berjanji jika dapat rezeki baru aku akan jaga sebaik-baik aku menjaga kamu.Kini aku hanya dapat menulis puisi untuk mengubat lara di dalam hati.Aku cintakan kamu Opet waktu kecil lagi kau telah pergi.

oh tuhan apa salah ku?
kenapa mesti sekejap kau biarkan aku bersama dia
aku sangat sayang padanya
belum lagi kasihku tumpah sepenuhnya
dia telah pergi.

Nikmat itu baru dapat ku rasa
tapi rindu,sayang dan cinta telahpun datang
membawa takdir yang sudah tertulis.

Jika aku tahu dia pergi pagi tadi
pastiku jaga sepenuh jiwa dan raga
aku teringat saat indah bersamanya.

Opet aku harap kau bantu aku masuk ke syurga
agar kita dapat berjumpa suatu masa kelak
aku ingin kau berada didalam dakapanku
aku ingin melihat kau sampai kau tua
aku sungguh sayang kepada kamu
tapi hidup ini kena diteruskan
supaya aku tahu takdir aku.

Aku janji sama kamu
aku akan belai kekasih seperti aku belai kamu
setiap malam mulai dari sekarang
pasti aku menangis merindukanmu
tapi aku redha dengan permergianmu.

Aku hanya dapat melihat pusaramu
setiap saat ku rindukan kamu
aku harap engkau membakar semangat
dan memberiku harapan untuk berjaya
untuk mengejar cita-citaku.

Air mata yang di kenang
tidak dapat ku tahan
oh tuhan aku harap engkau tahu isi hatiku
semoga aku berjumpa dengan Opet
di syurga suatu masa nanti.

Thursday 17 January 2013

Rindu Dalam Sembilu

Rindu ini tidak dapat lagi ku tahan
sampai bila harus disimpan
aku hanya dapat meresap kenangan
yang menemaniku dalam kesepian.

Jika dapat kuputarkan masa lalu
pasti aku akan lakukanya
demi perasaan yang dipendam
kerana aku inginkanmu.

Entah kenapa aku berasa dekat denganmu
padahal kita tak pernah berjumpa
dan selalu sahaja berjauhan
seperti utara,selatan,timur dan barat
semuanya terlalu jauh.

Takkan kubiarkan lagi sembilu dihati ni
biarlah aku berahsia dalam jiwa
cukup sahaja untuk kau mengerti
tentang perasaan yang melanda diriku
asalkan kau bahagia bersama orang yang kau sayang.

Jika jodoh kita tepat dan sempurna
aku ingin menghabiskan sisa hidupku dengan mu
kerana aku pasti dapat memahami isi hatimu
dan engkaulah wanita pertama dalam hidupku
yang akan melakarkan sejarah tentang hidup kita.

Wednesday 16 January 2013

Semua puisi itu adalah berkisar tentang kehidupan,alam dan cinta semata-mata.Yang ada kaitan dengan hidup.Hanya mencipta kata-kata yang belum dipetik.Hanya mencari untuk mengisi kekosongan hati.Untuk mencari kekasih hati.Yang belum ditemui.Sampai ke hari ini.

Engkaulah Kekasihku

Dalam hidup ini semuanya tidak sempurna
pasti ada kekurangan walau apa adanya
jejak-jejak kehidupan tidak sama
walau sekalipun kita melanglang buana.

Kugeselkan biola biar terpancar keindahan
kutiupkan harmonika supaya ada harapan
kupetik gitar tanpa ada kesalahan
kuberlirik dalam diam walau dalam kesusahan.

Aku berlari dalam keadaan pasrah dengan senyap
terbang tanpa ada sepasang sayap
melihat dalam keadaan gelap tanpa menatap
panggilan yang tidak keruan boleh ditangkap.

Serahkan hatimu secuci helaian kertas putih
aku bersyair dalam sepenuh hatimu kasih
menanti setulus jiwa biarlah berlalu dengan indah
wahai pujaan sang kekasih.

Tuesday 15 January 2013

Duhai Kekasih

Wahai sang kekasih
bila datangnya cinta
hari ini begitu indah
suara pintu hati dibuka
mengapa engkau tersenyum?
toleh ke belakang
terus maju kehadapan
sambil berjalan dengan harapan
jangan risau bila ia berlalu.

Renungilah mataku
bisikkanlah ke dalam hatiku
bicaralah tentang sesuatu
supaya aku tahu
itu kamu.

Cinta tidak datang dengan sengaja
janganlah kau persoalkanya
kau tunggulah bila tiba masanya
hangatkan cinta seadanya
wahai kekasih yang tercinta
terima ia seadanya.

Monday 14 January 2013

Mawar Merah Di Syurga

Saat malam yang indah melabuhkan tirainya
aku sibuk menulis puisi di jendela
yang dipagari oleh bintang infiniti
dan ditemani kopi dan sebatang rokok
sambil diperhati oleh bulan yang mengambang
terlihat wajahmu di awangan
aku menerjah imaginasi
untuk mencari apa yang tersirat di hati
laluan tiada penamat adalah jalanku
harum kasturi seindah lirikan nasyid di syurga
sekuntum mawar ku petik adalah hatimu
gerbang pintu dibuka dengan suara
'Aku Mencintai Mu'
aku tersenyum
melihat kau tersenyum.

Kau Dan Aku

Setinggi angkasa aku memanjat
sepantas malaikat aku berlari
bila datangnya cinta abadi
takdir sentiasa menghampiri
semakin dekat walau seinci
bukan sengaja aku mencintai
kerana itu adalah lumrah
hanya dapat pohon doa pada yang esa
biar nasib sentiasa bersama
agar hati menjadi sepasang
seperti sudu dan garfu
begitu juga Adam dan Hawa
seindah Romeo dan Juliet
sepadan Laila dan Majnun
cinta sejati yang tiada batasan
antara kau dan aku.

Sunday 13 January 2013

Kawan Lebih Mesra

Setiap hari ku terbang ke alam maya
untuk melihat perkembangan mu
melihat laman sesawang mu
menghayati semua isi hatimu
perasaan,emosi dan semuanya
kau simpan di alam maya
tapi tiada siapa yang tahu apa yang terbuku
di hatimu
hanya tuhan,diri dan perasaan mu
yang tahu

Jangan terkejut kerana ku prihatin
itu sudah lumrah untuk mengambil
berat sebagai seorang kawan lebih dari mesra
tutup mata tanya tentang hati nurani
bicara dengan jiwa yang tenang
buka tirai baru untuk hidup mu
ceriakanlah semuanya dengan senyuman

Perasaan Yang Berbicara

Sabar takkan pernah terpadam
letih takkan pernah terwujud
tunggulah sehebat matahari
setia seindah lautan yang jernih
sempurna secantik bunga di taman
berdirilah semegah gunung berapi
bersatu seperti bulan yang satu
dan bintang yang bertaburan
bersamalah selarut malam dan sesenja siang
hari hanya tunggu masa yang menjemput
sekejap sahaja walau sesaat bagai di inderaloka
ternyata semuanya adalah fana.

Friday 11 January 2013

Percintaan Yang Dikenang

Sepahit kopi semanis kenangan
direnungi sejuta impian
ku teguk secawan dengan kesabaran
ku hampiri harapan bersama angan
lalu,aku bertanya untuk kepastian
hidup ini berdasarkan takdir atau nafsu khayalan
luntur kisah yang abadi di sepanjang jalan
butanya aku dengan perasaan
mahu saja sakitnya ditelan
tapi biar sampai terlihatnya bayangan
sampai jalan ditentukan
oleh denyutan kebenaran.

Wednesday 9 January 2013

Terciptalah Perpisahan

Semalam aku mengukir namamu
gambar mawar adalah saksi cintaku
aku ingin memberi jiwa kepada mu
tapi itu hanyalah angan yang tidak bertemu.

Aku gugup bila berjumpa
aku meluah kasih dengan setia
ingin bicara tentang cinta selamanya
bila tiba masanya.

Aku ingin di cintai
padamu yang di kasihi
takkan ku lupa janji
iaitu bila terbukanya hati.

Pergilah bersama-sama angan dengan sang kekasih
kau malam dan aku lah bulan
menerangi malammu yang hilang dalam kegelapan
tidak lagi berjumpa di masa keresahan
dalam takdir perpisahan.

Tuesday 8 January 2013

Wahai Kekasih Hati

Aku berjuang demi cinta
aku melepaskannya dengan harapan yang setia
cinta ini telah pun ku tanam untuk selamanya
biar sakit asal bahagia sampai syurga
sengsara hanya terjadi seketika.

Hanya sepi bersama bungaku yang layu
bila lagi waktu itu akan hadir dalam diriku?
lirik ku dalam diam dan penuh syahdu
bintang,bulan,awan dan langit bersatu
menjadi saksi utama rinduku.

Aku pemikat setia untuk mengikat janji
bila takdir datang aku akan menanti
aku meronda mimpi untuk mencari cinta sejati
takkan ku lupa dirimu lagi
takkan ku tinggalkan lagi
dirimu tanpa menghayati
secebis memori.