Friday 28 June 2013

Kisah Cinta Sedih

Mulakanlah bicaramu dengan kata yang indah
sudah lama episod cerita kita dihentikan bukan ?
oleh siapa ? kau ? aku ? masa?
hmh...soalan yang tertanya-tanya
kadang-kadang satu penjuru yang kosong
dijadikan tempat untuk kau muntahkan segala emosi
kau ungkapkan semuanya dengan berat hati
tapi ku huraikan maknanya dengan sepenuh hati
selama aku hidup...aku tak pernah bermain dengan permainan yang dinamakan cinta
apa itu cinta pasti ada manusia yang memulakanya
cinta itu tak buta tapi manusia yang buta
hari takkan datang kepada cinta
tapi cinta yang datang dengan sendiri
kerana tuhan jadikan itu sebagai lumrah kehidupan.

Thursday 27 June 2013

Engkaulah Bayangku

Duhai indahnya rupamu,
wahai sang bulan
Temanilahku dengan gelap malamku
agar kau dapat terangi rinduku
sampai hatiku menjadi purnama yang indah.

Cukup indah,cantik dan cukup sempurna
aku selalu mengejar bayangmu
Dalam rindu yang gelora
aku kumpulkan semuanya melalui puisi
iaitu adalah kata hatiku sendiri

Tolonglah curi hatiku,simpankanya
jangan pulangkanya kembali
walau sebesar zarah
agar ku tahu diriku yang terbaik buatmu
andai satu masa akan tiba
akan ku huraikan kata hati
melalui semua puisi
yang lama ku peram dan pendam
bersama harapanku.
Itu sahaja yang dapat
ku tuliskan wahai bayang cinta
terima kasih...