Friday 23 May 2014

Tentang Rindu dan Semangat

Waktu hanya mampu membicarakan sesuatu yang terpendam.
Cinta perlu dilepaskan untuk sesuatu yang bermakna
dan sayang perlukan sedikit pengorbanan.
yang berteman hanyalah rindu dan semangat tanpa rasa jemu,penat atau bosan.

Wednesday 21 May 2014

Watak Seseorang


Hidup ini berteraskan berbagai watak
seperti daun kering yang ditiup oleh angin.
Perbuatan boleh mendatangkan bermacam emosi
dan kata-kata membuatkan seseorang itu berfikir.

Watak ini mungkin boleh hidup dalam satu warna
tapi warna-warna yang indah perlu dimasukkan untuk menceriakan suasana
seperti indahnya tujuh warna pelangi.

Kadang-kadang akal akan gagal menyusun ego
tapi lebih baik gagal mengatasi baran
dan diam lebih baik daripada setiap bicara
kerana setiap ungkapan pasti akan berbelit.

Kadang-kadang auta manusia boleh diterima melalui logik akal
dan seseorang itu pasti akan berubah disbebabkan sesuatu persekitaran
atau suatu peristiwa.
Tapi emosi yang mendalam boleh merungkaikan segala-galanya yang tersirat
dan kebetulan mungkin juga satu destinasi iaitu sebuah takdir.

Monday 19 May 2014

Tentang Fikiranku



Kadang-kadang aku tertanya-tanya adakah seseorang itu memerlukan masa atau berasa terlalu rimas dengan teka teki.
Kadang-kadang aku akan berputus-asa pada perkara yang tidak pasti pada sesuatu jawapan.
Kadang-kadang aku akan memilih untuk berdiam diri dan berfikir.
Aku akan berdoa
bukan mengharap untuk mendapatkan harapan
tapi terus berdoa dan terus berdoa
agar semuanya berjaya
dan aku akan memilih jalan yang membosankan tapi lebih menyenangkan dan menyeronokan untuk kehidupan seharian.
Yang datang diterima.
Yang pergi diredhai.
Sekian.