Monday, 7 July 2014

Aku dan Rindu

Pada malam yang semakin menipis
terasa sesuatu yang sering tertapis
makin cepat ia tertakung makin perlahan ia menitis
dan perasaan ini takkan pernah habis
walaupun memori hanya tinggal secebis
biar ia terpendam dan terkunci dengan sendiri
lalu, menyepi bersama naluri
bila rindu menikam dan menusuk tanpa henti
aku berdoa dengan sepenuh hati
dan nama mu ku sebut pada illahi
agar ia tersimpan dengan begitu rapi
sekian sampai disini.

Friday, 23 May 2014

Tentang Rindu dan Semangat

Waktu hanya mampu membicarakan sesuatu yang terpendam.
Cinta perlu dilepaskan untuk sesuatu yang bermakna
dan sayang perlukan sedikit pengorbanan.
yang berteman hanyalah rindu dan semangat tanpa rasa jemu,penat atau bosan.

Wednesday, 21 May 2014

Watak Seseorang


Hidup ini berteraskan berbagai watak
seperti daun kering yang ditiup oleh angin.
Perbuatan boleh mendatangkan bermacam emosi
dan kata-kata membuatkan seseorang itu berfikir.

Watak ini mungkin boleh hidup dalam satu warna
tapi warna-warna yang indah perlu dimasukkan untuk menceriakan suasana
seperti indahnya tujuh warna pelangi.

Kadang-kadang akal akan gagal menyusun ego
tapi lebih baik gagal mengatasi baran
dan diam lebih baik daripada setiap bicara
kerana setiap ungkapan pasti akan berbelit.

Kadang-kadang auta manusia boleh diterima melalui logik akal
dan seseorang itu pasti akan berubah disbebabkan sesuatu persekitaran
atau suatu peristiwa.
Tapi emosi yang mendalam boleh merungkaikan segala-galanya yang tersirat
dan kebetulan mungkin juga satu destinasi iaitu sebuah takdir.