Senja sudah berlalu,malam datang menghiasi warna-warna keindahan.Aku bercinta dalam rindu,yang mengukirkan azimat kesucian.
Sejak engkau mengukir cinta,aku datang dalam keseronokan.Bila malam menjelma,aku mengibarkan sayap percintaan.
Datangnya bulan,menghampiri dada langit.Aku datang membawa sayang,merindui dalam hati.Pulangnya matahari bersama pelangi,gembiranya aku dapat memilikimu.
Bintang yang bertaburan,menghiasi awan dan angkasa.Kasih yang diberikan,melintasi rasa cinta.
Berjuta angan dalam kasih,beribu sayang sekecil zarah.Begitu banyak sang kekasih,bercinta dalam taman rumah.
Merinduinya dalam sepi,ku tulis sebuah puisi,kadangkala kata-kata ini
menjadi tinta,sedangkan diri ini adalah pena untuk mengukir sebuah buku
tentang kehidupan yang nyata.
Pagi tiba tanpa mentari,petang pergi tanpa pelangi.Malam datang tanpa
bintang dan bulan.Aku berlari tanpa menyanyi,datang bukan dengan
diri.Kelam hitam membuatkan ku resah dalam kesepian.
Kalau ajal datang bersama tuhan.Aku lebih suka kerana tuhan datang
menyambut ku.Secantik bidadari di syurga seindah mawar yang berduri.
No comments:
Post a Comment