Friday 22 March 2013

Bila Mengalirnya Rindu di Malam Hari

Air hujan yang mengalir
seakan nafasku yang tiada henti
setiap embun mawar yang dibasahi
oleh malam hari
menitiskan rinduku tanpa jemu
yang bersatu pada kelopaknya.

Aku menyepi dalam sebuah puisi
menuliskan setiap kisah yang selalu ku rindu
adalah bayangan cintaku untuk sebuah hati
yang sudah disatukan bersama naluri.

Bila cinta bersatu menjadi mega
tiada lagi guguran kuntum seindah kelopaknya
bersama haruman kasturi mahupun bidadari.

Akan ku abadikan memori ini
sehingga ia kekal menjadi semangat hidup
agar tulisan rinduku ini
menjadi catatan terakhirku.

Bila Duka Menjadi Purnama

Ketika berlakunya gerhana
tiada apa yang sempurna
sehingga sepenuh nestapa
tenggelamlah di dunia yang fana.

Jika itu memori yang terakhir
tidak pasti dapat diukir
bersama sepi yang lebur
pergilah bersama takdir.

Dan harapan tidak kembali
kini menyepi dengan sendiri
di dalam alam fantasi
sehingga terbitnya sebuah destinasi.

Cinta Kita

Cinta itu adalah kunci
untuk membuka hati
yang disimpan ditempat yang suci
didalam jiwa yang sunyi.

Rasa cinta membuatku bahagia
senyum di bibirmu
menggertarkan kalbuku
rasukkan bayangmu
membuatkan jantungku berdegup
aku khayal dalam cinta
dan mabuk asrama.

Cinta ini kembali bersemi
yang pertama ialah sejati
dan yang terakhir adalah abadi
maafkan diriku
kerana meletakkan mahkota di hatimu.

Wednesday 13 March 2013

Kau Sentiasa Di Hati

Masa lalu kita bersama
Hanya tinggal kenangan
Yang takkan terpadam.

Kini kau mengukir cinta
dengan menulisnya di dalam diari ini
melalui pena sakti.

Jantungku berhenti bila diselimuti
oleh perasaan rindu yang kuat
kujadikanya sebagai ubat
untuk hati yang sedang merindu.

Akan ku ingat sampai mati
bahawa cintaku hanya untukmu
agar kelak bila semua berubah
kita bakal disatukan semula
sebagai pasangan yang sejati.


Monday 11 March 2013

Syurga Aku Adalah Umi

Umi kau adalah syurga bagiku
meski diriku tak seindah nama
akan ku jujur padamu
walau aku berada di syurga.

Ampunkanlah segala dosa
yang tertakung dalam diriku
kerana engkau pasti merana
bila ku menghiriskan luka dihatimu.

Umi mungkin diri ini tak sebagus dulu
yang mana selalu ku taat pada mu
kini ku biarkan kau dalam nestapa
sehingga mengalirkan air mata.

Umi setiap kenanganku mesti bersamamu
agar ku tahu syurga sentiasa denganku
hiasilah memori indah ini dengan pahala
agar kelak aku berada di sana selamanya.