Wednesday, 3 October 2012

Cinta Tepat Pada Waktunya

Bunyi laut sangatlah merdu
tiupan angin dipupuk oleh sang bayu
malam yang hitam membuatkan aku tergamam
kuselam ke lautan biru yang luas mendalam
kuteroka hatimu untuk menanamkan azimat
kujaga jiwamu dengan selamat
aku datang atas dasar cinta
yang sudah kesunyian dan kesepian
aku suka tetapi duka
biar tenang sekalipun terang
sepi yang mengusir
bunyi yang berdesir
aku berlari di atas pasir
hati mula bergelora
taman sudah berbunga
cinta dihidupkan semula
daku percaya engkau cinta matiku
dan pasti jadi milikku bila menawan menara cintamu
akan kujaga bidadari yang baru turun dari kayangan
aku berangan tapi kenyataan akan jadi satu kepercayaan
suara hati ...
suatu hari nanti.

Cinta Pandang Pertama

Ketika kita bercengkerama
ketika hati mula berbunga
di saat cinta yang mekar
ingin ku bercanda pada malam pertama
kerana tawa mu menusuk hingga ke jiwa
dan di saat itu ada dewa yang menjaga
dahaga mulai terasa, apabila lambat bercinta
bila bulan akan diambang malam?
kerana bulan purnama mempunyai nama
bila pelangi akan menerangi hari-harimu?
kerana warna-warnanya mempunyai makna
bila matahari akan menjadi cerah merah?
kerana cahayanya bagaikan pelita diwaktu gelap
baru kali ini aku melihat karya syurga dari dalam mata seorang hawa
dan..
itu adalah cinta pandang pertama.

Hidup Bukan Seperti Yang Disangkakan

Kosong,tanah yang gersang
hidup ini adalah tandus
sepanjang hari beduka lara
hidup teruna sangat lama
sering gagal jumpa seorang dara
raja yang bertakhta tidak lagi mengotakan janji
bila aku dapat merasa udara di syurga?
kerana tempatnya sungguh mulia
biarkan aku berkelana sehingga mengambil masa
tinggalkan dunia yang fana
biarkan masa melewati usia
sehingga berjaya mencari ratu yang belum dijajah
biarkan jauh mata memandang asal dekat di hati
sehingga sampai ke menara yang ditujui
apabila menjelang waktu itu,aku akan kembali dalam satu purnama
untuk mempertanyakan sesuatu yang biasa dilafazkan namun berat untuk berkata
dan
sejak itu jugalah aku akan berjuang untuk memerdekakan jiwa dan mindanya.