Wednesday 21 May 2014

Watak Seseorang


Hidup ini berteraskan berbagai watak
seperti daun kering yang ditiup oleh angin.
Perbuatan boleh mendatangkan bermacam emosi
dan kata-kata membuatkan seseorang itu berfikir.

Watak ini mungkin boleh hidup dalam satu warna
tapi warna-warna yang indah perlu dimasukkan untuk menceriakan suasana
seperti indahnya tujuh warna pelangi.

Kadang-kadang akal akan gagal menyusun ego
tapi lebih baik gagal mengatasi baran
dan diam lebih baik daripada setiap bicara
kerana setiap ungkapan pasti akan berbelit.

Kadang-kadang auta manusia boleh diterima melalui logik akal
dan seseorang itu pasti akan berubah disbebabkan sesuatu persekitaran
atau suatu peristiwa.
Tapi emosi yang mendalam boleh merungkaikan segala-galanya yang tersirat
dan kebetulan mungkin juga satu destinasi iaitu sebuah takdir.

No comments: