Monday 25 February 2013

Indah Sungguh Ciptaan Tuhan

Diwaktu bosan hanya sepi yang ku layan
aku datang dengan membawa segenggam harapan
di atas pasir itulah aku meninggalkan kesan
dengan bekas tapak kaki yang belum dihapuskan
agar kau mengingati semula yang aku ada pada setiap kenangan
dipantai itulah aku berjalan dengan keseorangan
menghirup udara yang sungguh nyaman
sambil membuat haluan tanpa sebarang tujuan.

Hujan tiada tapi pelangi yang datang
aku terus merenung di sepanjang petang
semakin lama semakin menghilang
begitu juga cintaku yang sentiasa terhalang
aku ingin terbang umpama burung
senja lena dalam pelukan ku yang kosong
membuatkan aku berjalan setiap lorong
lalu,aku hilang dalam bayang-bayang.

Keindahan ini mengajarku erti kesempurnaan
kerana aku masih belajar tentang kecantikan
ada bisikan yang memanggilku di sebalik khayalan
alam berbisik kepadaku tentang perempuan
aku hanya diamkan sebarang jawapan
aku terpegun bila cinta ku dilamun
tapi dengan siapa harus diberikan kepercayaan
aku harus memikirkan tentang perempuan
atau aku terus berjalan menikmati keindahan ciptaan Tuhan.

No comments: